18

ANWAR: THE UNTOLD STORY

13 99 Minutes Malay

Biography, Drama

Synopsis
Filem ini mengisahkan mengenai jatuh bangun perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik terutama melawan rasuah. Filem yang diusahakan sejak August 2011 ini telah siap dan sedia untuk ditayangkan. Set masa filem ini ialah dari tahun 1993 hingga September 1998, iaitu ketika Anwar mula menjawat jawatan Menteri Kewangan sehinggalah dia dipecat. Diolah dari kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak-pihak tertentu. Juga bagaimana dia enggan menggunakan wang rakyat untuk membail out syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit. Kerana itu dia difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari. Dari seorang menteri kewangan terbaik yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya merengkok di penjara.
Cast
  • ANWAR IBRAHIM
    FARID KAMIL
  • WAN AZIZAH
    ACHA SEPTRIASA
  • MAHATHIR
    HASNUL RAHMAT
  • SASKIA CHADWICK
  • DEWI IRAWAN
  • PIET PAGAU
  • NURUL NUHA ANWAR
    GISELLMA FIRMANSYAH